Bas persiaran tiba-tiba bergerak sendiri, rempuh tembok pembahagi jalan

Iklan
Keadaan bas yang rosak selepas tiba-tiba bergerak sendiri sebelum merempuh tembok pembahagi jalan dan tiang bumbung dalam insiden di Taman Cendawan, Genting Highlands pada Rabu. Foto PDRM

BENTONG - Pengunjung Genting Highlands berdepan detik cemas selepas sebuah bas persiaran yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan tiba-tiba bergerak sendiri sebelum merempuh tembok pembahagi jalan dan tiang bumbung pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di Taman Cendawan di pusat pelancongan itu kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung insiden tersebut sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Teksi dihempap bumbung yang tumbang. Foto PDRM

Iklan

"Siasatan awal mendapati bas berkenaan dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dan diletakkan di tempat letak kenderaan tersebut.

"Tiba-tiba bas terbabit bergerak lalu melanggar tembok pembahagi jalan dan tiang bumbung," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Ujarnya, pelanggaran itu menyebabkan tiang bumbung tumbang dan menghempap sebuah teksi berhampiran.

Jelasnya, kedua-dua kenderaan terlibat mengalami kerosakan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana individu yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.