Penipuan sebagai jenayah berat
Iklan
Sudah tiba masa scammer dikategorikan sebagai ancaman keselamatan negara . Gambar hiasan
SEJAK sekian lama, nombor telefon saya masih lagi berada dalam bank data scammer walaupun sudah beratus kali mereka cuba untuk kebas duit saya.
Bermacam-macam taktik dipraktikkan tapi semuanya gagal mungkin kerana saya akan putuskan talian jika pemanggil itu mengaku sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah, LHDN dan banyak lagi.