Timbalan Presiden STAR nafi terlibat skandal rasuah ADUN Sabah
Iklan
Datuk Robert Tawik.
KOTA KINABALU - Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan permohonan lesen cari gali mineral dan menerima sebarang bentuk dana berkaitan aktiviti berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.
Iklan
Iklan
"Saya tidak pernah terbabit dalam sebarang permohonan lesen perlombongan atau penerimaan sebarang bentuk dana berkaitan kegiatan tersebut.
"Tuduhan ini tidak berasas dan berniat jahat. Ia cubaan terdesak untuk memburukkan imej saya serta mencalar reputasi kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah itu turut menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
"Sebagai pemimpin, saya tetap komited dan fokus untuk menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
Iklan
"Saya tidak akan terpengaruh atau terganggu dengan serangan politik tidak beretika ini," katanya.
Beliau dalam pada itu turut menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan fitnah sebagai alat politik.
"Sebaliknya berpolitik secara matang dan bertanggungjawab demi kepentingan Sabah secara keseluruhan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>