MyEG Services Bhd (MyEG) pada Isnin mengumumkan pertukaran namanya kepada Zetrix AI Bhd berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai (Khamis).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX.