Bantuan bulanan asnaf miskin, mualaf Melaka naik RM50

Iklan
Rahmad

MELAKA - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengumumkan kenaikan kadar baharu bagi skim Bantuan Makanan Bulanan (BMB) kepada asnaf miskin dan mualaf di negeri ini sebanyak RM50 menjadikannya RM300 berbanding RM250 bermula 1 Julai ini sebagai tanda prihatin keadaan ekonomi semasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, kenaikan kadar ini susulan harga barang mentah yang mempengaruhi nilai barangan kepada golongan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga mengambil kira skim-skim bantuan membabitkan 7,698 asnaf miskin yang tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, selain BMB, MAIM turut menaikkan kadar beberapa skim bantuan lain, antaranya Bantuan Yuran Persekolahan Sekolah Rendah (one-off) bagi anak-anak miskin iaitu RM100 berbanding RM70 tahun lalu.

Iklan

"Bantuan tunai mualaf turut dinaikkan dari RM200 kepada RM300 dan bantuan tunai mualaf baharu (automatik) juga pada kadar yang sama.

"Malah kadar bantuan bulanan bagi asnaf fakir adalah kekal sama seperti sebelum ini iaitu RM400," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MAIM berkata, berdasarkan data setakat 24 Jun lalu, penerima BMB MAIM (bantuan daruriyah) seramai 7,810 orang iaitu asnaf fakir seramai 112 orang dan asnaf miskin seramai 7,698 penerima.