Karnival My Best Buy Agropreneur Muda ditangguh

Iklan
Karnival My Best Buy Agropreneur Muda yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis ditangguhkan.

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menangguhkan Karnival My Best Buy Agropreneur Muda yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis pada 13 hingga 15 Mac ini.

MOA dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan dibuat susulan perkembangan terkini mengenai penularan wabak jangkitan Covid-19 berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, penularan wabak Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia telah dikategorikan sebagai pandemik.

"KKM melalui kenyataan akhbar pada 11 Mac 2020 telah mengeluarkan gesaan supaya semua perhimpunan melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Disebabkan itu, pihak pengurusan MOA perlu mengambil langkah proaktif dalam mencegah penularan wabak itu demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga tani dan masyarakat sekeliling," menurut kenyataan itu.