SHAH ALAM, 29 Jun -- Pelakon Noorkhiriah (lapan, kiri) sebagai Mak Alang dan Didi Astillah (sembilan, kiri) sebagai Rubiah bergambar bersama barisan pelakon lain ketika pementasan teater muzikal klasik Rubiah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 14 Shah Alam.
Teater muzikal selama tiga hari bermula malam tadi itu dipentaskan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, pada 8.30 malam oleh Persatuan Teater Persona Mentera dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dengan kerjasama Fakulti Teater, Filem dan Animasi (FiTA) UiTM dan MBSA. Foto Bernama