UMNO stabilkan politik Sabah
Iklan
UMNO
JEMPUTAN untuk UMNO mengambil alih USNO dilakukan oleh Tun Mustapha Datu Harun merupakan satu pandangan berwawasan bagi menstabilkan politik negeri Sabah dan menggerakkan pembangunan negeri yang terencat hampir sedekad kerana perebutan kuasa.
Namun jalan itu tidak mudah. Keputusan tipis pilihan raya negeri (PRN) pada 1994 menyebabkan politik Sabah terus tidak stabil. Beberapa pemimpin kanan PBS termasuk adik Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Jeffrey Kitingan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggalkan PBS dan menyatakan sokongan kepada BN.