Pencen negara untuk warga emas
Iklan
Malaysia pada era Madani barangkali boleh memikirkan pembayaran pencen negara kepada warga emas. Gambar hiasan
DUA orang sahabat zaman persekolahan saya dalam Tingkatan Lima adalah antara kalangan bertuah yang menerima biasiswa kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) setelah mendapat kelulusan cemerlang pada tahap MCE (Malaysia Certificate of Education) pada tahun 1970. Mereka mengikuti kursus pada peringkat Advance Level (A-Level) dan seterusnya ijazah pertama di universiti di England.
Setelah tamat belajar, mereka membuat keputusan bekerja dan menetap di London. Setelah bersara pada usia 66 tahun, mereka memutuskan tinggal di ibu negara UK.