UMNO perlu reformasi struktur, roh perjuangan
Iklan
UMNO perlu melakukan reformasi dalaman dan membuat perubahan secara menyeluruh bukan sahaja struktur, tetapi roh perjuangannya selain memerangi kelompok oportunis jika ingin bangkit semula sebagai parti relevan. Gambar hiasan Gambar kecil: Awang Azman
SHAH ALAM - UMNO perlu melakukan reformasi dalaman dan membuat perubahan secara menyeluruh bukan sahaja struktur, tetapi roh perjuangannya selain memerangi kelompok oportunis jika ingin bangkit semula sebagai parti relevan.
Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, reformasi dalaman bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan mutlak demi kelangsungan parti Melayu itu.