Gempa bumi kuat landa Laut Scotia

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Laut Scotia pada jam 4.32 petang tadi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Laut Scotia pada jam 4.32 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 3,152 km tenggara dari Puerto Montt, Chile.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama