MELAKA – Seorang murid lelaki Tahun Lima di sebuah sekolah di Tengkera mengalami pendarahan di kepala dipercayai akibat didera bapanya dalam kejadian di Banda Hilir, di sini, pada Rabu lalu.
Menurut sumber, kecederaan parah yang dialami murid berusia 11 tahun itu terbongkar selepas pihak sekolah menerima maklumat daripada keluarga mangsa pada hari yang sama.
Iklan
Iklan
Mangsa yang menetap di Banda Hilir telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas mengalami pendarahan di bahagian atas kepala.
"Dipercayai kecederaan tersebut berlaku kerana dia didera oleh bapanya.
"Selepas dua hari menerima rawatan di hospital, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan telah ditempatkan di wad biasa,” katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Tambah sumber itu, dipercayai ini bukan insiden pertama yang menimpa mangsa, malah dia juga pernah dipukul oleh bapanya sehingga menyebabkan kesan lebam.
“Difahamkan, mangsa pernah mengadu kepada pihak sekolah bahawa dia pernah dipukul di kaki dan badan sehingga lebam,” ujarnya.