Apa jawapan DAP?
Iklan
Pada masa ini, naratif politik DAP hanya bergantung kepada “Najib dan MCA”.
KERAJAAN Perpaduan telah memerintah lebih dua tahun, dengan Kabinet terdiri daripada parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), bersama UMNO, serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
MCA dan MIC dari Barisan Nasional pula tidak berada dalam Kabinet, malah tidak mempunyai seorang pun timbalan menteri. MCA hanya mempunyai dua Ahli Parlimen, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.