Pihak berkuasa Thailand nyahaktif empat bom di Phuket

Iklan
Polis Thailand menemui dan menyahaktifkan empat peranti letupan di Phuket termasuk di lapangan terbang dan lokasi pelancongan. Foto Bangkok Post

BANGKOK - Polis Thailand menemukan dan menyahaktifkan empat peranti letupan di lapangan terbang Phuket dan beberapa destinasi pelancongan popular di pulau peranginan itu, lapor akhbar Bangkok Post pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan ditemukan di lapangan terbang pada Rabu, manakala dua peranti ditemukan di Pantai Patong di pantai barat dan satu lagi di Tanjung Phromthep di hujung selatan pulau tersebut.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, polis menahan dua suspek yang kemudian mendedahkan maklumat mengenai lokasi bahan letupan yang ditanam, menurut akhbar Khaosod.

Suspek tersebut dilaporkan berasal dari wilayah Pattani di selatan Thailand. Motif mereka masih belum diketahui.

Iklan

Lapangan Terbang Phuket menasihatkan para pengembara supaya memperuntukkan masa tambahan untuk urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan. - Bernama-dpa

 

Iklan