TEL AVIV - Akhbar Israel mendedahkan tentera Zionis diberi arahan untuk menembak penduduk Palestin tidak bersenjata yang mahu mendapatkan bantuan.
"Tindakan itu dibuat untuk menyuraikan ribuan pencari bantuan yang menyerbu hab bantuan kendalian Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF)," lapor Haaretz.
Iklan
Iklan
Sejak ia mula beroperasi pada akhir Mei lalu, komuniti antarabangsa menggelar pusat bantuan disokong Amerika Syarikat (AS) itu sebagai 'perangkap maut' buat penduduk Gaza yang semakin terdesak.
Menurut agensi bantuan lain, penduduk yang semakin kelaparan itu tiada pilihan dan terpaksa menyerbu hab bantuan tersebut demi mengisi perut.
Operasi GHF turut dipersoalkan banyak pihak kerana ia didakwa gagal mengagihkan bantuan dengan lancar dek sistem birokasi.
Angka korban 'perangkap maut' tersebut dikatakan mencecah 549 orang dalam tempoh sebulan ketika Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas wilayah tersebut. - Agensi