STUTTGART - Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit, menurut kiraan sebuah institut penyelidikan tenaga Jerman.
Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan angka yang dikumpulkan oleh Pusat Penyelidikan Tenaga Suria dan Hidrogen Baden-Wurttemberg (ZSW) itu merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya, hibrid palam dan kereta elektrik dengan pelanjut jarak.