Hari Nanas Antarabangsa

Iklan

Pembantu gerai Mohd Israq memilih buah nanas yang berkualiti sebelum dijual kepada pelanggan di sebuah gerai buah-buahan terletak di Jalan Jelebu hari ini. Tinjauan sempena Hari Nanas Antarabangsa mendapati buah tropika itu terus mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, khususnya ketika musim cuaca panas. Hari Nanas Antarabangsa yang disambut setiap 27 Jun bertujuan menghargai kepentingan buah nanas dalam industri pertanian serta peranannya sebagai antara komoditi eksport utama negara.