Johor jamin bekalan minyak masak peket mencukupi

Iklan
Onn Hafiz (kiri) dan Amir an (kanan) menyempurnakan gimik Perasmian Karnival berkenaan.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memberikan jaminan bekalan minyak masak peket sentiasa cukup di pasaran hasil kerjasama erat bersama syarikat-syarikat pasar raya utama di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pihaknya tidak mahu isu kekurangan bekalan minyak masak peket berulang sehingga menimbulkan kegelisahan dan kemarahan dalam kalangan rakyat.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati mendapati ada pasar raya besar yang mengalami kekurangan bekalan minyak peket hampir seminggu setiap bulan kerana hanya membuat pesanan baharu setelah kehabisan stok.

“Syarikat kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa bekalan tidak cukup kerana mereka menunggu stok habis baru mahu membuat pesanan. Ini mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat," katanya.

Iklan

Onn Hafiz (kiri), berkata sesuatu kepada Amir an ketika menyampaikan sumbangan asnaf pada Karnival berkenaan.

Onn Hafiz berkata demikian ketika berucap sempena Program Jelajah KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Tahun 2025 Peringkat Zon Selatan di Puteri Harbour, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, pihaknya telah berhubung dengan beberapa pasar raya besar agar membuat pesanan lebih awal ebelum stok minyak masak peket habis.

Katanya, kesemua pasar raya telah bersetuju bagi melaksanakan langkah tersebut dalam usaha memastikan bekalan minyak masak peket tidak terputus di pasar raya di Johor.

“Saya ingin tegaskan, wallahi, saya tidak ada niat untuk mencari salah sesiapa.

"Niat kita adalah untuk bekerjasama dengan erat sebagai satu pasukan demi kesejahteraan rakyat dan bangsa Johor.

"Kita turut memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan pihak kementerian untuk memastikan segala usaha bagi menstabilkan bekalan minyak masak peket dapat dilaksanakan dengan baik di negeri ini," katanya.