Bilik bersepah punca lelaki tikam rakan serumah hingga maut

Iklan
Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Pertengkaran kerana bilik bersepah dipercayai punca pergaduhan dua sekawan hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut ditikam dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kedua-dua lelaki itu telah tiba bersama dari Kelantan sejak kira-kira enam bulan lepas sebelum kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal polis mendapati telah berlaku pertengkaran antara mereka mengenai hal dalaman rumah berkenaan isu bilik bersepah.

"Dalam pergaduhan itu, mangsa berusia 33 tahun maut dengan kesan tikaman pisau oleh rakannya berusia 40 tahun," katanya pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

Sebelum itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh telah menerima satu panggilan MERS999 pada jam 11.26 malam, Rabu, berkenaan kejadian pergaduhan terbabit.

Iklan

Polis yang tiba di lokasi menemui mangsa tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman di dada kiri, manakala suspek berada di ruang tamu rumah terbabit.

Suspek telah ditahan dan polis merampas pisau yang digunakan suspek dalam insiden terbabit.

Suspek kemudian direman enam hari sehingga 1 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.