[VIDEO] Lima pelajar MRSM direman kes buli pelajar Tingkatan Dua

Iklan

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Lima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di Besut.

Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Suspek terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Tiga dan seorang Tingkatan Lima itu direman sehingga Ahad bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Lima pelajar MRSM di Besut dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi permohonan tahanan reman pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis menerima laporan berhubung kejadian buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua kira-kira jam 6.48 petang pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa telah diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit.

Iklan

Lima pelajar MRSM di Besut dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi permohonan tahanan reman pada Jumaat.

"Mangsa turut mendakwa ditumbuk di bahagian perut serta ditampar oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga ketika berada di asrama putera maktab berkenaan sekitar jam 11.30 malam pada Selasa lalu.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan," katanya.

Beliau berkata, kejadian itu disedari oleh warden yang sedang bertugas sebelum membawa semua yang terlibat ke pejabat warden.

"Penjaga mangsa kemudian dihubungi dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kesemua suspek disyaki terlibat telah ditahan pada Khamis untuk siasatan lanjut," katanya.