Penunggang motosikal cedera dirempuh pacuan empat roda tukar lorong

Iklan
Tangkap layar tular menunjukkan nahas melibatkan penunggang motosikal dan sebuab pacuan empat roda dekat Skudai.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 10, Jalan Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam, dekat Skudai pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, rakaman kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu turut tular di laman sosial.

Iklan
Iklan

“Kemalangan berlaku ketika mangsa berusia 32 tahun menunggang motosikal Yamaha 135LC di lorong tengah jalan berkenaan sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang menukar lorong dari kanan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di muka, tangan, pinggang dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tangkap layar tular menunjukkan nahas melibatkan penunggang motosikal dan sebuab pacuan empat roda dekat Skudai.

Menurutnya, mangsa kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Taman Universiti, manakala pemandu Mitsubishi Triton berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing dan alkohol terhadap pemandu berkenaan juga didapati negatif.

Iklan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan bertimbang rasa,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Ahad Mohamad Usup di talian 019-7448044 bagi membantu siasatan.