Macam mana nak berniaga jika tak tahu kira untung rugi
Iklan
Celik kewangan sudah menjadi ilmu asas walaupun usahawan tidak semestinya perlu lulus kursus perakaunan peringkat tinggi. Gambar hiasan 123RF
TAK ada usahawan yang membuka perniagaan untuk menanggung kerugian. Oleh yang demikian, dia kena mencari produk yang dimahukan pasaran dan menjualnya pada harga yang membawa keuntungan. Kesemua usahawan faham akan perkara ini.
Satu persoalan yang timbul ialah bagaimanakah nak mengira keuntungan? Walaupun bunyinya mudah, ada juga usahawan boleh tersilap kira dan menjual di bawah kos produk. Pelik, kan?