Perancangan dasar SST buah import tidak menyeluruh – Tun Faisal
Iklan
Tun Faisal
SHAH ALAM – Keputusan kerajaan mengecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import seperti epal dan oren disifatkan sebagai tindakan ‘flip-flop’ berpunca daripada ketiadaan perancangan menyeluruh sebelum sesuatu dasar diumumkan.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Tun Ismail Aziz berkata, keadaan itu menunjukkan dasar yang digubal kerajaan tidak difikirkan secara menyeluruh dan tidak mengambil kira keseluruhan sistem percukaian negara.