Penunggang maut motosikal terbabas Jalan Bahau-Kemayan

Iklan
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dalam kemalangan berlaku di Kilometer 27 Jalan Bahau-Kemayan, di sini, petang Khamis.

JEMPOL - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri dalam kemalangan berlaku di Kilometer 27 Jalan Bahau-Kemayan, di sini, petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dalam perjalanan dari arah Bahau menghala ke Kemayan.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di atas jalan,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk proses bedah siasat.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Orang awam yang melihat kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof di talian 016-2348669.