sooka terus unggul, tawar pelbagai ganjaran hebat

Iklan
Perkhidmatan penstriman tempatan, sooka menyambut ulang tahun keempat penubuhannya dengan pelbagai pembaharuan menarik.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan penstriman tempatan, sooka menyambut ulang tahun keempat penubuhannya dengan pelbagai pembaharuan menarik, termasuk penambahbaikan teknologi, ganjaran untuk pelanggan setia serta tawaran eksklusif untuk tempoh terhad.

Sejak dilancarkan, sooka telah berkembang pesat menjadi antara platform hiburan paling popular di Malaysia dengan pertumbuhan pelanggan berbayar mencecah 100 peratus, selain mengekalkan penilaian tinggi pengguna dengan 4.6 bintang di Google Play Store dan 4.2 bintang di App Store.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah sooka, Chu Young Lee, kejayaan itu adalah hasil komitmen pasukannya dalam membina platform hiburan yang relevan dan mudah diakses oleh semua.

“Perjalanan kami sepanjang empat tahun ini amat bermakna. Kami telah membina satu platform yang meraikan kandungan Asia dan siaran langsung sukan sambil mengadaptasi teknologi penstriman terkini.

Iklan

“sooka kini menjadi aplikasi sukan nombor satu di Google Play Store dan antara lima aplikasi dengan pendapatan tertinggi di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai platform Over The Top (OTT) yang paling pantas berkembang dalam negara,” katanya pada sooka’s 4th Birthday di Asia All Broadcast Centre di sini pada Selasa.

Young Lee menunjukkan pelbagai perubahan menarik dalam sooka.

Iklan

Turut hadir, Ketua OTT sooka, Dinesh Immanuel; Pengarah Komunikasi dan Kelestarian, Foo Su Lynn; Ketua Pegawai Teknologi, Mauro Di Pietro Paolo dan Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Tai Kam Leong.

Dalam pada itu, Young Lee berkata, komitmen mereka adalah untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui hiburan sukan dan Asia yang mudah diakses oleh semua.

“Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang memilih sooka sebagai aplikasi hiburan pilihan mereka,” katanya.

Antara penambahbaikan teknologi utama tahun ini termasuk aplikasi yang dua kali lebih pantas, sooka TV Stick yang kini menyokong kandungan sukan 4K UHD, serta kandungan dan navigasi yang diperibadikan untuk pengguna.

Selain itu, sooka turut memperkenalkan chatbot berasaskan AI, Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab dinamik yang akan diperluaskan ke semua platform dalam masa terdekat bagi memudahkan pengguna mengakses saluran langsung dan kandungan video atas permintaan (VOD).

Sebagai tanda penghargaan, sooka menawarkan akses percuma selama 10 hari kepada pelan sports & entertainment untuk pelanggan baharu menggunakan kod promosi HBDSOOKA, serta peluang memenangi smart TV LG 86 inci 4K UHD atau sooka TV Stick setiap hari sepanjang 30 hari.

Pengguna juga boleh mendapatkan sooka TV Stick secara percuma (harga pasaran: RM349) dengan pembelian pelan enam bulan sooka premium berharga RM249, selain tawaran beli satu percuma satu untuk pas tahunan bermula 25 Jun 2025 di laman web rasmi.

Young Lee berkata, pihaknya akan terus memperkukuh kedudukan sooka dalam pasaran dengan pelbagai kerjasama strategik yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Kami akan terus menumpukan usaha untuk menawarkan perkhidmatan penstriman yang membanggakan rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama,” katanya.

sooka kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store, serta tersedia di semua platform smart tv utama, untuk maklumat lanjut, layari https://sooka.my/.