Gleneagles Penang tawar khidmat kesihatan berkualiti, berteknologi tinggi

Iklan
Pengamal media dibawa melawat Unit Pengimejan sempena ‘Metaverse Health Hunt & Media Tour’ yang diadakan pada Rabu.

GEORGE TOWN – Hospital Gleneagles Penang melakar sejarah tersendiri apabila menjadi hospital pertama di utara tanah air yang menganjurkan program ‘Metaverse Health Hunt & Media Tour’, bagi memperkenalkan pendekatan inovatif dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Program anjuran hospital di bawah rangkaian IHH Healthcare Malaysia itu berlangsung dengan tema kecemerlangan berpaksikan nilai, memberi peluang kepada wakil media untuk meneroka secara langsung teknologi canggih dalam landskap penjagaan kesihatan menerusi inovasi yang disediakan.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Penang, Ng Bong Seng berkata, inisiatif ini bukan sekadar lawatan media, tetapi mencerminkan komitmen hospital terhadap penjagaan kesihatan berkualiti tinggi.

Bong Seng ketika berucap sempena program ‘Metaverse Health Hunt’ dan Jelajah Media di Hospital Gleneagles Penang pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, sepanjang program, peserta dibawa menyusuri pelbagai kemudahan hospital secara maya dan fizikal, termasuk Pusat Jantung, Pusat Kanser, Unit Kecemasan dan Unit Pengimejan bagi menilai sendiri bagaimana elemen kecekapan kos, kualiti klinikal dan rawatan peribadi digerakkan secara menyeluruh untuk mencapai tahap perkhidmatan kesihatan terbaik.

“Kami percaya penjagaan cemerlang terhasil daripada gabungan inovasi perubatan dengan empati tulen serta tujuan yang jelas.

Iklan

“Kami komited untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang memenuhi keperluan setiap individu serta komuniti,” katanya ketika merasmikan ‘Metaverse Health Hunt’ dan Jelajah Media di Hospital Gleneagles Penang di sini, pada Rabu.

Bong Seng berkata, antara pencapaian yang dikongsi termasuk kejayaan hospital menjalankan lebih 200 pembedahan bantuan robotik melibatkan pelbagai kepakaran.

Jelasnya, kaedah itu terbukti mempercepatkan pemulihan pesakit dan meningkatkan ketepatan rawatan, sekali gus menjadikan Gleneagles Penang antara pusat rujukan utama bagi pembedahan robotik di Malaysia.

“Selain itu, hospital ini turut mencatat rekod melaksanakan lebih 8,000 pembedahan jantung, 4,000 sesi kemoterapi dan pemindahan sumsum tulang setiap tahun, serta menempatkan pasukan ortopedik terbesar di utara negara.

“Penganjuran program ini membuktikan peranan penting Hospital Gleneagles Penang dalam memacu standard baharu dalam bidang kesihatan menerusi pendekatan holistik, inovasi berterusan dan budaya perkhidmatan yang berteraskan nilai empati,” katanya lagi.