Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Muhammad

Putrajaya – Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh pegawai khasnya, Firhan Rosli menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, dimaklumkan bahawa Murabbi kita semua, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, telah kembali ke rahmatullah.

Iklan

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Firhan menyeru orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Iklan

Muhammad,76, dilantik ke jawatan itu pada 8 Mei 2023.

Beliau merupakan tokoh yang dihormati dalam kalangan ilmuan Islam dan pernah menyumbang besar dalam pengukuhan wacana pemikiran Islam di negara ini.