Penuntut wanita ditemui mati disyaki dibunuh

Iklan
Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati kesan cedera di kepala mangsa.

SEPANG - Seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di sini ditemukan maut dalam kediamannya dipercayai dibunuh pada Selasa.

Mangsa berusia 20 tahun berasal dari Sarawak itu ditemukan maut oleh rakan serumah dengan kesan kecederaan di kepala kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman tersebut.

"Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapatnya kecederaan ditemukan di bahagian kepala.

Iklan

“Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Serdang untuk bedah siasat, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan susulan hentakan objek tumpul pada kepala," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Norhizam berkata, slain itu, tiada kesan kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa yang boleh dikaitkan dengan rogol.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Kita memandang serius insiden ini dan menyeru orang ramai agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan siasatan dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh melanggar undang-undang,” katanya.