Jangan seronok sangat
Iklan
Kajian psikososial membuktikan keadaan terlalu seronok mendorong seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menghadapi cabaran dan halangan di luar jangkaan. Gambar hiasan
Mencapai keseronokan adalah impian setiap insan. Pelbagai usaha dilakukan untuk capai dan kekalkan keseronokan tersebut. Secara prinsipnya, inti pati keseronokan adalah berbeza antara satu sama lain. Maknanya, kayu ukur adalah berbeza. Keseronokan mereka tidaklah sama dengan apa yang kita seronokkan.
Paling tidak boleh diterima jika kita berseronok atas kesedihan orang lain. Walaupun kita berhak untuk berseronok, namun perlu berhati-hati. Kemungkinan besar hal itu terjadi kerana beberapa sebab; antaranya kebencian terhadap apa yang telah mereka lakukan kepada kita, begitu meluat kerana sentiasa menjadi pesaing kita dan mereka bukanlah dalam kelompok yang rapat dengan kita.