PGA serbu premis tanpa lesen rampas vape RM200,000

Iklan
Operasi yang dijalankan bersama Majlis Daerah Tumpat turut merampas 974 unit cecair dan 777 peranti vape bernilai RM200,000. Foto PGA

TUMPAT – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penjualan rokok elektronik (vape) tanpa lesen selepas menyerbu sebuah premis di Wakaf Bharu, di sini pada Selasa.

Operasi bersepadu bersama Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang dijalankan pada jam 3.30 petang semasa penugasan Op Taring Wawasan itu turut merampas 974 unit cecair dan 777 peranti vape dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM200,000.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 30 tahun berada di dalam premis terbabit.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Daerah Tumpat berkaitan penjualan rokok elektronik berkenaan.

Iklan

Operasi yang dijalankan bersama Majlis Daerah Tumpat turut merampas 974 unit cecair dan 777 peranti vape bernilai RM200,000. Foto PGA

“Hasil kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada Majlis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 4(5)(c) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Majlis Daerah Tumpat 2019.