Fatamorgana nuklear
Iklan
Kegilaan perang yang kini mencengkam sebahagian negara G7 bukan sahaja boleh menghancurkan Timur Tengah, malah memusnahkan asas sistem diplomasi antarabangsa. Foto Reuters
SELAMA lebih tiga dekad, dunia dibayangi oleh momokan senjata nuklear Iran. Sejak awal 1990-an, satu demi satu ramalan muncul. Namun, semua amaran itu tidak pernah jadi kenyataan.
Yang kekal ialah naratif yang digunakan secara berterusan untuk menghalalkan peperangan, menggagalkan diplomasi dan mencetuskan ketegangan semakin tidak terkawal.