Penutupan ruang udara: Operasi penerbangan di KLIA 1 terkawal

Iklan
Paparan skrin menunjukkan ketibaan penerbangan dari Doha mengalami kelewatan.

SEPANG - Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) kekal terkawal tanpa kesesakan luar biasa susulan penutupan ruang udara di beberapa negara Timur Tengah ekoran konflik membabitkan Iran dan Israel.

Paparan skrin jadual pelepasan penerbangan di Balai Pelepasan KLIA 1 menunjukkan beberapa penerbangan, khususnya ke Doha, Qatar, mengalami kelewatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, laluan penerbangan ke Jeddah telah kembali beroperasi seperti biasa selepas ditutup sementara selama beberapa jam akibat ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Tinjauan turut mendapati kumpulan jemaah yang dilaporkan terkandas sebelum ini, akibat pembatalan penerbangan ke Arab Saudi pada saat akhir, tidak lagi kelihatan.

Iklan

Iran yang kini dalam konflik memuncak dengan Israel dilaporkan telah melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Qatar pada Isnin. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas tiga kemudahan nuklear utama Iran sebelum ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa syarikat penerbangan utama dunia telah menggantung sementara atau mengurangkan operasi penerbangan masing-masing ke Timur Tengah.

Iklan

Ruang udara negara-negara Teluk yang terlibat kembali dibuka semula selepas ditutup selama lapan hingga 12 jam.