Tiga peserta himpunan Gempur Rasuah 2.0 ditahan

Iklan
Tiga peserta Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Tiga peserta Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Penahanan tiga individu tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda.

Iklan
Iklan

"Mereka sudah ditahan tengah hari tadi di bawah Akta Hasutan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga individu tersebut berkaitan insiden membakar karikatur menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis Sabah telah membuka tiga kertas siasatan melibatkan sembilan kesalahan berkaitan perhimpunan yang diadakan selama dua hari di pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya telah menerima enam laporan polis berkaitan perhimpunan tersebut.

Iklan