GERGASI Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), berjaya menewaskan Seattle Sounders 2-0 di Stadium Lumen Field, Seattle, Washington, sekali gus mengesahkan tempat Les Parisiens ke pusingan kalah mati Piala Dunia Kelab.
Juara Eropah itu menjuarai Kumpulan B dan akan menentang naib juara Kumpulan A, yang dijangka adalah Palmeiras atau Inter Miami.