Harga makanan import dijangka melonjak jika perang terus merebak
Iklan
Anggota pasukan penyelamat Iran membersihkan runtuhan di sebuah bangunan yang musnah akibat serangan Israel di Teheran.
Foto AFP (Gambar kecil: Barjoyai)
SHAH ALAM - Kenaikan mendadak harga makanan import antara kesan langsung paling besar diterima Malaysia sekiranya perang skala besar berlaku susulan penglibatan Amerika Syarikat dalam konflik Iran-Israel.
Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, konflik yang memasuki fasa baharu itu berkemungkinan akan menyebabkan penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan perdagangan penting kepada negara.