Kempen ‘Harga Hangat’ kembali lagi dengan penjimatan hebat!

Iklan
Lotus’s Malaysia menawarkan diskaun harga istimewa kepada pelanggan sepanjang kempen ‘Harga Hangat’.

KUALA LUMPUR- Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) sekali lagi menghangatkan suasana dengan kemunculan semula kempen popular ‘Harga Hangat’ yang sangat dinanti-nantikan.

Kembali atas permintaan ramai, inisiatif selama enam minggu itu menjanjikan harga luar biasa dan penjimatan hebat untuk membantu rakyat Malaysia berjimat bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

Bermula dari 19 Jun hingga 30 Julai 2025, kesemua 70 cawangan Lotus’s Malaysia di seluruh negara akan menawarkan lebih 360 barangan keperluan harian pada harga yang sukar ditandingi.

Menurut Lotus’s Malaysia, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan harian sama ada barangan dapur, keperluan rumah, makanan sejuk beku, atau produk bukan makanan.

Iklan

Pembeli hanya perlu mencari tag bertanda merah Harga Hangat untuk mendapatkan barangan pilihan.

“Lotus’s Malaysia telah melaburkan lebih RM4 juta dalam kempen ini untuk menawarkan harga yang benar-benar rendah dan memberikan nilai terbaik kepada pengguna pada setiap hari,” kata Lotus’s Malaysia menerusi satu kenyataan.

Iklan

Antara sorotan utama Harga Hangat 2025 adalah promosi barangan sehingga 90 unit penyimpanan stok (SKU) daripada barangan jenama Lotus’s Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan keperluan berkualiti pada harga mampu milik.

Rangkaian produk yang terlibat ialah produk penjagaan bayi Cute+Care, minuman 3 dalam 1, produk sejuk beku sedia dimakan (burger, piza, produk bakeri) dan makanan dalam tin, susu UHT, pasta, snek dan biskut

Semua produk itu hanya eksklusif di Lotus’s Malaysia dan dijamin berkualiti serta menjimatkan pelanggan.

Untuk menikmati penjimatan hebat yang ditawarkan, pembeli hanya perlu mencari tag bertanda merah Harga Hangat yang menarik perhatian di dalam stor Lotus’s Malaysia dan di platform Lotus’s Shop Online bagi mendapatkan tawaran paling hangat yang tidak dapat dilepaskan.

Lotus’s Malaysia memberikan pelbagai tawaran eksklusif kepada ahli My Lotus’s.

Bukan itu sahaja, penjimatan di Lotus’s Malaysia tetap akan berlangsung sepanjang tahun.

Pelbagai promosi di stor dan tawaran eksklusif ahli My Lotus’s sehingga 50 peratus diskaun ditawarkan sehingga akhir tahun 2025.

Ahli My Lotus’s juga boleh menikmati Hari My Lotus’s pada setiap hari Rabu minggu kedua setiap bulan yang menawarkan banyak penjimatan menarik menanti anda.

Dengan pelbagai cara untuk berjimat, Lotus’s Malaysia terus menerajui usaha menjadikan barangan keperluan lebih mampu milik untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada rakyat Malaysia ketika mereka amat memerlukannya.

INFOGRAFIK

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini di Lotus’s Malaysia, layari saluran rasmi berikut:

Laman web: https://corp.lotuss.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia

TikTok: https://www.tiktok.com/@lotussmalaysia

Lotus’s Malaysia menyediakan maklumat mengenai kempen yang ditawarkan di setiap stornya yang terlibat dalam kempen itu.

Tempoh Kempen

-19 Jun hingga 30 Julai 2025

-Di semua 70 cawangan Lotus’s Malaysia & Lotus’s Shop Online

Fakta Menarik Harga Hangat 2025

-Lebih 350 barangan keperluan harian

-Diskaun sehingga 30 peratus

-Pelaburan lebih RM4 juta oleh Lotus’s Malaysia

-Penjimatan eksklusif di Lotus’s Malaysia sahaja

Promosi besar-besaran sehingga 90 SKU untuk barangan jenama Lotus’s:

*Penjagaan bayi (Cute+Care)

*Produk sejuk beku sedia dimakan (burger, piza, bakeri)

*Makanan dalam tin

*Susu UHT

*Pasta

*Snek dan biskut

*Minuman 3-dalam-1

Ahli My Lotus’s Dapat Lebih!

-Diskaun sehingga 50 peratus untuk ahli sepanjang tahun

-Hari My Lotus’s – setiap Rabu minggu kedua setiap bulan