Anwar ucap takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri

Iklan
Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Abang Johari, atas pemergian isterinya. Foto Facebook Anwar ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka menerima khabar pemergian Allahyarham.

Iklan
Iklan

"Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi ALLAH SWT.

Iklan

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada 3.34 pagi.

Allahyarham merupakan anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak kedua, Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Iklan

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari ini, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching. - Bernama