Konflik Israel-Iran: Rusia kecam Israel di PBB, berkata 'situasi ini adalah penipuan'

Iklan
Rusia turut mengecam pengarah agung IAEA kerana tidak pernah secara terbuka menggesa Israel menyertai NPT. - Foto AP

NEW YORK - Rusia melancarkan kritikan keras terhadap Israel dalam sesi tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan menuduh negara itu mengelak daripada tanggungjawab antarabangsa berhubung pemantauan nuklear dan menyifatkan situasi semasa sebagai 'penipuan'.

Wakil Tetap Rusia ke PBB menyatakan bahawa Israel masih belum menjadi anggota Perjanjian Non-Proliferasi Senjata Nuklear (NPT), menjadikannya satu-satunya negara di Asia Barat yang tidak tertakluk kepada pemeriksaan penuh oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Iklan
Iklan

“Israel tidak menjalani pemeriksaan menyeluruh, manakala Iran - yang menerima jumlah pemeriksaan tertinggi - terus dibom dan rakyatnya menjadi sasaran,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.

Rusia turut mengecam pengarah agung IAEA kerana tidak pernah secara terbuka menggesa Israel menyertai NPT, dan menyifatkan sikap berdiam diri itu sebagai “berat sebelah dan mencemarkan kredibiliti sistem pemantauan antarabangsa.”

Iklan

Kenyataan ini hadir selepas siri serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat ke atas tapak nuklear Iran, yang mencetuskan kebimbangan global terhadap keselamatan bahan radioaktif dan risiko konflik berskala besar.

Moscow menegaskan bahawa penyelesaian terhadap isu nuklear Iran hanya boleh dicapai melalui diplomasi, bukan ketenteraan. - Awani

Iklan