Bentuk 'pengampunan elitis'
Iklan
Hishammuddin. (Gambar kecil: Awang Azman)
SHAH ALAM – Kemasukan semula bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam parti tanpa syarat hanya akan dilihat sebagai bentuk ‘pengampunan elitis’ yang mencerminkan kegagalan UMNO menegakkan disiplin dan prinsip parti.
Penganalisis Sosiopolitik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan menerima semula tokoh itu tanpa sebarang penjelasan terbuka berisiko mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi serta menjejaskan kestabilan dalaman parti.