Warga emas maut kemalangan dua kenderaan

Iklan
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan. Gambar kanan: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Mawai – Kuala Sedili, di sini, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.35 pagi membabitkan motosikal jenis Honda 110 yang ditunggang mangsa berusia 81 tahun dengan kereta Proton Saga 1.3 warna hitam dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 52 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Iklan

“Pemandu kereta terbabit pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Yusof berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Iklan

Pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun, tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa peka dan mematuhi undang-undang bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.