AS serang tiga tapak nuklear Iran, Trump sifatkan serangan berjaya

Iklan
Trump umum AS telah melancarkan serangan udara berjaya ke atas tiga tapak nuklear utama di Iran. Foto AP

WASHINGTON - Presiden, Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran termasuk Fordo, Natanz dan Esfahan.

"Kami telah menyelesaikan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan.

Iklan
Iklan

"Semua pesawat kini telah keluar dari ruang udara Iran," tulis Presiden AS itu dalam satu catatan di Truth Social pada Sabtu.

Beliau menambah bahawa"muatan penuh bom" telah digugurkan ke atas Fordo dan semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang ke AS.

Iklan

Sebelum itu, media antarabangsa melaporkan AS telah menghantar pesawat pengebom strategik B-2 ke Pulau Guam di Lautan Pasifik.

B-2 merupakan pesawat pengebom yang mampu membawa senjata pemusnah besar seperti GBU-57 Massive Ordnance Penetrator seberat 13,000 kilogram (kg) iaitu bom yang direka untuk memusnahkan sasaran bawah tanah. - Awani

Iklan