Keadaan Abdul Hadi makin pulih, stabil – Muhammad Khalil
Iklan
Keadaan kesihatan Abdul Hadi dilaporkan semakin pulih dan stabil selepas menjalani rawatan jantung di IJN.
KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin stabil dan beransur pulih selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari lalu.
Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, biarpun semakin pulih, namun bapanya masih perlu dipantau rapi oleh doktor di pusat perubatan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, keadaan Tok Guru (Abdul Hadi) kini stabil dan beransur pulih setiap hari.
"Pihak IJN akan terus memantau keadaan kesihatan Tok Guru sehingga pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wartawan Negara 2025 anjuran gabungan empat kerajaan negeri Perikatan Nasional (SG4) di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.
Iklan
Terdahulu, Abdul Hadi dilaporkan menjalani prosedur rawatan jantung di IJN selepas dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan beberapa hari lalu.
Ditanya bilakah bapanya akan keluar daripada IJN, Muhammad Khalil berkata perkara itu masih belum ditentukan oleh doktor yang merawat Ahli Parlimen Marang berkenaan.
Iklan
"Tidak ada masa yang ditetapkan. Kita tengok pada perkembangan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>