Lambang kerukunan beragama

Iklan
Deeja Family Cafe membuktikan kerukunan dan menghormati sesama agama di Sarawak.

DEEJAA Family Cafe milik keluarga Andrew Lu Chu Bin itu terletak di Jalan Chan Chin Ann berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman Kuching Sarawak. Kedudukannya agak tersorok walaupun berhampiran dengannya terdapat hotel berjenama besar seperti Sheraton dan Grand Margherita. Sarawak Plaza dan Menara SEDC juga terletak dekat dengan kafe tersebut. Penduduk tempatan, terutama pekerja B40 di kawasan sekitar menjadikan kafe itu tempat bersarapan dan makan tengah hari.

Sebagai orang luar yang datang sekali sekala ke Kuching, saya menemui restoran tersebut secara kebetulan sewaktu mengeteh dengan seorang sahabat di sebuah restoran mamak pada suatu petang yang terletak bersebelahan dengan kafe tersebut. Tertarik dengannya, keesokan paginya saya singgah di sana untuk bersarapan.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.