SEBANYAK 10 pasukan, termasuk tuan rumah Malaysia, bakal bersaing dalam Piala Konfederasi Kriket Asia (ACC) Bawah 16 (B-16) Zon Timur 2025 yang akan membuka tirainya pada Ahad.
Persatuan Kriket Malaysia (MCA) dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan remaja berprestij itu akan berlangsung hingga 5 Julai ini di tiga lokasi iaitu Oval YSD-UKM di Bangi, Selangor Turf Club di Seri Kembangan dan Oval Kolej Tuanku Ja'afar di Mantin, Negeri Sembilan.