SHAH ALAM - Tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan beliau dapat menjalankan tugasan rasmi seperti biasa.
Perkara itu disahkan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap Ahli Parlimen Tambun itu, hari ini.
"Pemeriksaan kesihatan ini adalah sebahagian komitmen Perdana Menteri memastikan beliau kekal cergas dan bersedia dalam menerajui pentadbiran negara serta melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan penuh dedikasi," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.