Di ambang Perang Dunia III?
Iklan
Keadaan kemusnahan di tapak serangan peluru berpandu Iran di kawasan perumahan di Beersheba di selatan Israel pada 20 Jun 2025 - Foto: AFP
Memang menakutkan keadaan dunia hari ini. Nampaknya Iran sudah terseret dalam kancah perang. Rejim Israel mungkin sengaja buat begitu disebabkan Iran banyak musuh. Musuh Iran bukan sahaja Amerika Syarikat (AS) tetapi banyak negara Arab yang tak senang dengan Iran.
Israel lupa Iran yang sebenar. Iran bukan negara yang boleh dibuli dan ditakut-takutkan. Israel buat pertimbangan yang salah kalau harapkan dunia bersamanya memusuhi Iran dalam konflik ini.