Jimat bil di luar waktu puncak
Iklan
Kenaikan kadar tarif elektrik berkuat kuasa pada Julai depan hanya melibatkan sektor perindustrian, dengan 85 peratus daripada rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan. Gambar kecil: Shazali
SHAH ALAM - Pengguna domestik digesa memanfaat peluang penggunaan tenaga di luar waktu puncak bagi menikmati penjimatan bil elektrik, sekali gus mengelak daripada menanggung kadar caj yang lebih tinggi.
Penganalisis Ekonomi University College i-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, perkara tersebut tidak mustahil kerana pengguna mempunyai pilihan untuk mengurus penggunaan elektrik bagi aktiviti tertentu.