Keputusan mahkamah kemenangan moral buat Najib – MB Pahang

Iklan
Tangkap layar kenyataan Wan Rosdy dalam Facebook miliknya pada Jumaat. Gambar kanan: Wan Rosdy

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan berkaitan dana SRC International sebagai satu kemenangan moral.

Menurutnya, keputusan tersebut memberi kelegaan besar kepada keluarga bekas Perdana Menteri itu serta para penyokong, khususnya dalam kalangan ahli UMNO.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Najib hari ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC.

“Semoga Najib terus diberikan kekuatan, ketabahan dan keadilan sewajarnya dalam menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat.

Iklan

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat melepaskan tanpa membebaskan Najib daripada tiga pertuduhan tersebut.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pembelaan berikutan kes berkenaan belum dibicarakan sejak Najib didakwa pada 2019.

Iklan

Beliau berkata, keputusan itu tidak memprejudiskan pendakwaan yang masih boleh meneruskan kes jika bersedia pada masa akan datang.