KUALA LUMPUR - Skim insurans kesihatan yang dicadangkan kerajaan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bersifat sukarela dan bukan wajib, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, pendekatan itu dicadangkan bagi memberi pilihan kepada pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas kerana ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.