Rahmad Mega sertai Amanah

Iklan
Rahmad Mega ketika majlis penyerahan borang keahlian Amanah kepada Presidennya, Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) malam tadi.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Rahmad mengambil keputusan menyertai parti berkenaan kerana bebas daripada sebarang isu.

Iklan
Iklan

“Beliau tertarik dengan parti Amanah yang masih suci daripada sebarang isu besar dengan pendekatan rahmat untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sesi penyerahan borang keahlian parti oleh Rahmad pada malam Khamis turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Iklan
Iklan

“Selamat datang Mad ke dalam keluarga besar Amanah,” ujar Muhammad Faiz.